fbpx

Empat nelayan Myanmar tiada dokumen pengenalan diri ditahan APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat nelayan warga Myanmar yang ditahan APMM di Kuala Kurau, Bagan Serai semalam.

BAGAN SERAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kurau menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B jenis pukat tunda bersama empat nelayan warga Myanmar di kedudukan 7.3 batu nautika barat daya Pulau Pasir Hitam di sini kira-kira pukul 1.45 tengah hari semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, semasa rondaan rutin di perairan Larut Matang, pihaknya telah mengesan bot itu ketika sedang melakukan aktiviti perikanan lalu ia dirapati untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan menemukan seramai empat kru nelayan warga asing Myanmar termasuk tekong berumur antara 17 hingga 41 tahun, tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah berada di bot.

“Pemeriksaan terhadap dokumen mendapati, bot itu memiliki lesen yang sah namun tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya dan tiada kebenaran menggajikan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua nelayan tersebut ditahan manakala bot dan peralatan menangkap ikan di bawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah dan Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu bot tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya serta tiada kebenaran menggajikan kru warga asing,” katanya.

Sebarang aduan, salah laku dan kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI