fbpx

Penjawat awam perlu dalami dan fahami konsep Malaysia Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuki

PUTRAJAYA – Penjawat awam diseru untuk mendalami dan memahami konsep Malaysia Madani diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa pengertian lebih jauh daripada takrifan kebiasaan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, konsep berkenaan adalah amat penting untuk didalami oleh semua peringkat penjawat awam dan tidak boleh dilihat sebagai satu fahaman politik dan slogan semata-mata.

“Ia (konsep Madani) perlu diterjemahkan kepada usaha murni yang sedang giat dilaksanakan oleh kerajaan ketika ini.

“Ke arah itu, empat teras utama strategik Malaysia Madani telah dikenalpasti sebagai fokus utama kerajaan kini iaitu membina semula ekonomi, menjamin kesejahteraan insan, reformasi institusi demokrasi dan mewujudkan pentadbiran beramanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2023 di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Zuki, bagi merealisasikan teras strategik itu, tiga Pembolehdaya Strategik Malaysia Madani perlu dizahirkan agar impak kepada Malaysia Madani dapat dirasai oleh rakyat secara langsung.

“Tiga Pembolehdaya Strategik tersebut adalah Digitalisasi Perkhidmatan Rakyat, Pendaya Upayaan Bakat Terbaik Negara dan pemerkasaan Pengurusan Projek Strategik.

“Menerusi fokus baharu ini, perjuangan untuk membasmi kemiskinan, penstrukturan semula ekonomi dan memulih serta menjana ekonomi akan dapat dicapai,” ujar beliau.

Mohd. Zuki menegaskan, tiada gunanya sekiranya hanya Perdana Menteri sahaja yang bersungguh-sungguh memperkenalkan konsep tersebut sekiranya peringkat pelaksanaannya tidak disambut oleh semua para panjawat awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI