fbpx

Erdogan akui sukar kawal bencana berskala besar, ikrar bantu mangsa gempa bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat mencari mangsa di sebalik runtuhan bangunan di Kahramanmaras, Turkiye, kelmarin. – UPI

ANKARA – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mempertahankan tindak balas kerajaannya terhadap bencana gempa bumi di negara itu dengan menegaskan bahawa ‘agak tidak mungkin’ untuk Ankara bersiap sedia sepenuhnya dalam menghadapi bencana berskala besar seperti itu, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Sekurang-kurangnya 15,000 orang disahkan terkorban dalam gempa bumi di Turkiye dan Syria setakat ini.

Pengkritik-pengkritik mendakwa tindak balas kecemasan amat perlahan dan kerajaan amat tidak bersedia menghadapi malapetaka itu.

Pemimpin parti pembangkang utama Turkiye, Kemal Kilicdaroglu berkata: “Jika ada seorang individu yang patut dipertanggungjawabkan untuk kejadian ini, beliau adalah Erdogan,” ujarnya.

Erdogan mengakui kerajaannya berdepan beberapa masalah namun berkata, situasi kini berada dalam kawalan.

Tambah beliau, apa yang diperlukan selepas sesuatu bencana berlaku adalah semangat bersatu padu.

“Dalam keadaan seperti ini, saya tidak boleh melayan pihak yang melancarkan kempen negatif untuk kepentingan politik,” jelasnya.

Pemimpin itu semalam melawat pusat bandar Kahramanmaras serta daerah Pazarcik dan Hatay, yang merupakan antara kawasan teruk terjejas.

 

Erdogan dalam masa sama berikrar kerajaannya sedang melakukan segala yang termampu untuk membantu mangsa-mangsa yang selamat serta petugas penyelamat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI