fbpx

11 pelombong Indonesia maut dalam kejadian tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat menyebabkan 11 pelombong terbunuh di Indonesia, menurut pihak berkuasa hari ini.

Kumpulan pelombong itu berada kira-kira 20 meter bawah tanah di sebuah lombong tidak berlesen dekat satu perkampungan di wilayah Sumatera Selatan semasa insiden berlaku semalam.

“Tanah tidak begitu kukuh kerana hujan lebat yang melanda kawasan itu,” kata Ansori, seorang pegawai dari agensi pengurusan bencana tempatan.

“Ia sebuah tapak lombong tradisonal jadi langkah-langkah keselamatan lazimnya diabaikan,” katanya.

Semua mayat mangsa sudah ditemui, tambah beliau.

Kemalangan lazimnya berlaku di lombong-lombong tidak berlesen di Indonesia.

Awal tahun ini, seramai sembilan orang terbunuh akibat kejadian tanah runtuh di sebuah lombong emas terbiar di Sumatera Barat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI