fbpx

Kemalangan Genting Highlands, Presiden MCA ucap takziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa dalam kejadian kemalangan di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands di Bentong hari ini.

PETALING JAYA – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mengucapkan takziah buat buat ahli keluarga mangsa yang maut dalam kemalangan di Genting Highlands hari ini.

Beliau yang juga bekas Menteri Pengangkutan berharap kesemua ahli keluarga mangsa tabah dalam mengharungi detik-detik sukar ketika ini.

“Saya mendoakan (keselamatan) mangsa lain yang sedang menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seramai enam individu maut selepas van dinaiki mereka terbabas dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands.

Kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari itu berlaku ketika van yang dinaiki 15 orang sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands.

Seramai enam mangsa terdiri daripada lima perempuan dewasa dan satu lelaki dewasa meninggal dunia, manakala mangsa lain mengalami kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI