fbpx

Pelajar jangan batalkan pesanan e-hailing saat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pemandu e-hailing menzahirkan kekecewaan terhadap pelajar yang membatalkan pesanan pada saat akhir.

SHAH ALAM- Seorang pemandu e-hailing menzahirkan kekecewaannya terhadap pelajar sebuah universiti awam di Shah Alam yang membatalkan pesanan pada saat akhir.

Tindakan tersebut dianggap tidak menghargai usaha pemandu perkhidmatan itu yang sedaya upaya tiba awal bagi mengambil dan menghantar mereka.

Insiden tersebut diceritakan sendiri seorang pemandu e-hailing yang hanya dikenali sebagai #braderteksi apabila mengalami kejadian sedemikian sebelum ini.

“Saya dari Seksyen 3 bergegas nak ke tempat pelajar itu menunggu di Dataran Cendekia, terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas di bulatan McDonalds Seksyen 3 (Bulatan Permai) dan bulatan Seksyen 2 (Bulatan Bistari) pukul 7.40 pagi untuk ambil awak nak ke Arsyad Ayub Graduate Business School.

“Tapi sampai di pintu masuk utama (universiti), awak boleh batalkan pesanan. Awak memang tak ada hati perut,” katanya dalam sedutan sebuah video yang dikongsikan dalam Facebook rasmi Ehailing.fm, baru-baru ini.

Menurutnya, seperti majoriti pemandu e-hailing lain amat bergantung harap kepada pesanan pelanggan sebagai sumber rezeki utamanya.

Sehubungan itu, lelaki itu meminta pelajar universiti berkenaan supaya tidak membatalkan pesanan pada saat akhir.

“Walaupun menyedari tambang yang akan diterima murah (memandangkan jarak di antara kolej kediaman dengan fakulti dekat), saya tetap akan ambil pelajar (universiti tersebut) kerana memikirkan mereka tempah pesanan untuk ke fakulti bagi menuntut ilmu.

“Saya maafkan pelajar berkenaan dan diharap beliau serta pelajar lain tidak akan mengulangi perkara sama,” ujarnya dalam video yang berdurasi 95 saat itu.

Video tersebut sudah dikongsi oleh 474 pengguna Facebook dan telah ditonton lebih 151,000 pengguna media sosial berkenaan.

Seorang pengguna Facebook, Mohd. Azrin Abdullah berkata, pelajar sering memberikan rating rendah kepada beberapa pemandu e-hailing atas sebab jenis kereta yang digunakan oleh pemandu berkenaan.

“Ambil pilihan pesanan perjalanan yang paling murah tapi lepas itu, bagi rating rendah kerana pemandu pakai kereta biasa sahaja.

“Disebabkan hal ini, ramai pemandu e-hailing tidak mahu ambil pelajar kerana mahu elak rating mereka rendah,” tegasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI