fbpx

Pelajar kolej nyaris maut digilis kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepasukan anggota bomba terlatih khas kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan Ava. – Jabatan Bomba Boston/Facebook/Getty Images

BOSTON, MASSACHUSETTS – Seorang pelajar kolej berusia 20 tahun cedera di tengkorak selain sebahagian kakinya terpaksa dipotong selepas dia tergelincir dan terjatuh ke bawah kereta api yang sedang bergerak di Boston, Massachusetts, lapor akhbar New York Post.

Ava Harlow masih dirawat hospital selepas kemalangan berlaku lebih seminggu lalu.

Menurut pegawai  Pihak Berkuasa Pengangkutan Massachusetts Bay (MBTA),  kira-kira pukul 11.30 malam (waktu tempatan) pada 27 Januari lalu, Ava turun daripada  gerabak tren Green Line di Stesen BU Sentral, Boston bersama sekumpulan rakan.

Dia kemudian menyedari terdapat beberapa lagi rakannya yang masih berada di dalam kereta api.

Gadis itu kemudian mengetuk tingkap kereta api sebagai  isyarat kepada rakan-rakannya untuk turun. Dia berjalan mengikut arah tren yang mula bergerak.

Ketika itu, Ava tergelincir lalu terjatuh di bawah kereta api yang kemudian menyeretnya.

Pasukan  bomba dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan pelajar Universiti Negeri Bridgewater itu selain polis Boston dan polis MBTA turut bergegas bagi membantu mangsa.

Menurut bapa mangsa, Andrew Harlow, dia menerima panggilan pada pukul 3 pagi (waktu tempatan) yang memaklumkan berita mengenai anaknya digilis oleh kereta api.

Menurutnya, Ava diberi bantuan kecemasan sebanyak dua kali sebelum dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ava kehilangan sebahagian daripada satu kakinya manakala sebelah lagi mengalami patah.

Tengkorak gadis itu turut retak,  selain tulang pelvisnya hancur, sebelah lengan patah dan luka-luka pada muka yang memerlukan jahitan.

Sementara itu, Andrew memberitahu akhbar Boston Herald bahawa dia menyalahkan MBTA atas kemalangan itu dan telah melantik peguam.

“Dia boleh melihat Ava terjatuh di tepi gerabak dan memberhentikan tren tersebut. 

“Kereta api itu mempunyai cermin dan hon. Mereka sepatutnya membunyikan hon sebelum berlepas,” kata Andrew sambil merujuk kepada pemandu tren tersebut.

Dalam pada itu, MBTA berkata, kemalangan tersebut bukan berpunca daripada kesalahan mekanikal atau kakitangannya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI