fbpx

Sajian Barat RM1.90 tarik perhatian ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Fitri menunjukkan masakan Barat yang dijual disamping menu RM1.90 (atas meja) di kedai makannya di Arau, baru-baru ini.

ARAU – Sebuah kedai makanan Barat dengan menu berharga RM1.90 menjadi tumpuan ramai khususnya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini.

Pemilik Warong Western RM1.90, Mohammad Fitri Yusup, 31, berkata, perniagaan kedai makan yang diusahakan itu berkonsepkan restoran Boat Noodle.

“Ramai pelanggan terdiri daripada pelajar mengunjungi kedai makan ini untuk menikmati juadah ala Barat seperti chicken chop, meatball, wedges, ayam panggang ala Barat dan menu lain pada harga RM1.90.

“Dengan adanya konsep se­perti ini, semua orang mampu memesan dan merasa sendiri makanan yang dijual di sini. Pelajar suka datang sini kerana dapat menjimatkan duit poket mereka,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Mohammad Fitri, kedai makan miliknya itu baru dua tahun beroperasi dan mampu mencatatkan jualan kira-kira RM3,000 sehari.

Sementara itu, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Nur Iryanti Hussein, 23, berkata, dia sering memilih kedai tersebut kerana dapat menjimatkan kos.

“Saya dan rakan-rakan sering menjamu selera di gerai ini ke­rana beberapa juadah yang disediakan tidak sampai RM2. Walaupun saiznya agak ‘comel’, namun cukup untuk mengisi perut.

“Ada juga rakan yang tidak cukup dengan satu hidangan dan memesan dua hingga tiga juadah sebagai bekalan untuk makan semasa buat ulang kaji di asrama, namun masih berbaloi kerana tidak lebih RM10,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Irfan, 23, berkata, kewujudan kedai makan seperti itu banyak meringankan beban kewangan pelajar.

“Saya harap inisiatif seperti Menu Rahmah segera diper­kenalkan di sekitar kampus pusat pengajian,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI