RAWALPINDI, Pakistan – Seorang pengantin perempuan cedera apabila seorang lelaki yang mengaku kekasihnya, melepaskan tembakan ke arah pentas semasa majlis perkahwinan mangsa di Rawalpindi, lapor portal berita Lahore Times semalam.
Insiden berlaku dekat kawasan balai polis Waris Khan. Bunyi tembakan yang dilepaskan turut mencetuskan rempuhan di dewan perkahwinan, namun polis berjaya menahan suspek.
Menurut portal berita Odishatvi,in, bapa pengantin, Mohammad Ali memberitahu polis bahawa anak perempuannya sedang duduk di atas pentas di dewan berkenaan pada malam hari perkahwinannya.
Menurut Mohammad Ali, anak perempuannya cedera akibat terkena tembakan dan berada dalam keadaan kritikal di hospital.
Polis berkata, suspek yang bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai pakaian telah ditahan.
Tertuduh melarikan diri selepas melakukan jenayah itu, namun anggota-anggota polis peronda berjaya menahannya. Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital dan tertuduh kemudian ditahan di lokap.
Menurut polis, tertuduh bernama Owais dan berusia 23 tahun. Dia menyukai gadis itu dan ingin mengahwininya. – Agensi