fbpx

Pasangan transgender henti terapi hormon untuk dapat anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahad (kiri) dan Paval menjadi ibu bapa kandung bagi anak mereka. - Thaiger

NEW DELHI – Satu pasangan transgender di negeri Kerala, selatan India nekad menghentikan terapi hormon atas nasihat doktor lebih setahun lalu selepas mereka merancang untuk mempunyai anak, lapor laman berita Thaiger.

Ziya Paval dan Zahad didakwa pasangan pertama dalam komuniti transgender di India yang mengumumkan kehamilan secara terbuka dan menjadi ibu bapa kandung bagi anak mereka.

Walaupun keputusan Mahkamah Agung India pada 2014 membenarkan golongan transgender mempunyai hak sama seperti orang lain, pasangan itu masih berdepan cabaran mengakses pendidikan dan penjagaan kesihatan, serta stigma masyarakat.

Paval dan Zahad, kedua-duanya berasal daripada keluarga konservatif, telah meninggalkan rumah sebelum bertemu tiga tahun lalu.

Paval meninggalkan rumah untuk menjadi penari di festival belia. Dia mengasah kemahiran di pusat komuniti transgender dan kini berkongsi pengalaman kepada ramai bakal penari di daerah Kzohikode.

Zahad pula berasal daripada komuniti nelayan di bandar Thiruvananthapuram. Selepas menjadi transgender, dia berpisah dengan keluarga tetapi berbaik semula selepas mengandung.

Pasangan itu memutuskan untuk membina keluarga kira-kira setahun setengah yang lalu, semasa menjalani peringkat peralihan jantina yang berbeza.

Ovari dan rahim Zahad masih utuh, jadi pasangan itu menghentikan terapi hormon seperti yang dinasihatkan oleh doktor mereka.

Pakar endokrinologi di bandar Bangalore, Dr. Mahesh DM berkata, apabila kehamilan tamat, mereka boleh menyambung semula terapi hormon seks. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI