fbpx

PRN Kelantan dijangka bulan Julai atau Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Amar ketika ditemui pemberita di pejabatnya selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu hari ini. Foto oleh ROSMIZAN RESDI / KOSMO!

KOTA BHARU – Pas Kelantan memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini berkemungkinan akan diadakan antara bulan Julai atau Ogos depan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, keputusan itu akan dibuat berdasarkan tempoh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang berakhir 26 Jun.

Menurutnya, sebelum ini, tiga buah negeri ditadbir Pas iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah merancang untuk mengadakan PRN pada bulan Mac, namun ia terpaksa ditangguhkan atas beberapa perkara yang berbangkit.

“Apabila perbincangan dilakukan, ramai yang berpendapat PRN yang dirancang pada Mac perlu ditangguhkan atas sebab beberapa isu termasuk tarikh bertembung dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain kedatangan bulan Ramadan.

“Secara peribadinya, jika PRN tidak dibuat sebelum Ramadan, jadi perlu tunggu sehingga tempoh penggal DUN berakhir pada 26 Jun depan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar berkata, setakat ini, pihaknya masih belum mengemukakan senarai calon untuk PRN nanti, namun Pas masih mengekalkan kaedah yang diamalkan sejak dahulu iaitu mengetengahkan 30 peratus muka baharu.

Katanya, bagi negeri Kelantan secara umumnya, perbincangan berhubung pemilihan calon dan kerusi akan diputuskan oleh Pas negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI