fbpx

Penolong pegawai perubatan didakwa terima suapan ejen pengurusan jenazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENOLONG pegawai perubatan ditahan reman bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan daripada ejen pengurusan jenazah di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Penolong Pegawai Perubatan sebuah hospital di sini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan daripada ejen pengurusan jenazah.

Lelaki berusia 57 tahun yang bertugas di unit perubatan forensik itu ditahan di Pejabat SPRM Temerloh semalam.

Difahamkan suspek telah menerima wang suapan sebanyak RM17,859 daripada ejen-ejen pengurusan jenazah sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah di hospital berkenaan antara 2021 hingga 2022.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Mohamed Shah Reza Noor Azman mengikut peruntukan Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 hari ini.

Suspek ditahan reman sehingga 14 Februari ini untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI