fbpx

Penumpang feri ditahan bawa telur, susu tin dari Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGAWAI Maqis menunjukkan produk yang dirampas di ICQS, Kota Laksamana, Melaka. Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

MELAKA – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Melaka menahan 10 individu yang cuba menyeludup masuk pelbagai makanan termasuk telur dan susu tin yang disorokkan di dalam beg pakaian, semalam.

Pengarahnya, Nora Dinah Abdul Rahman berkata, kesemua individu ditahan merupakan itu ditahan di Terminal Feri Antarabangsa, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Melaka.

Menurutnya, perbuatan itu terbongkar selepas pegawai yang bertugas melakukan pemeriksaan ke atas beg pakaian yang dibawa kesemua individu terbabit.

“Modus operandi yang digunakan adalah dengan menyembunyikan barang dalam bagasi dan membalutnya dengan kemas untuk mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Tambahnya, kesemua individu ditahan adalah penumpang dari Dumai serta Bengkalis, Indonesia.

Ujarnya, perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran produk haiwan dan hasilan haiwan tanpa permit import Maqis adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) serta boleh dihukum di bawah Seksyen 11 (3) akta yang sama.

“Berikutan itu, Maqis dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan membawa masuk barangan pertanian yang dibawa tanpa sebarang dokumen pengimportan seperti permit import Maqis dan sijil kesihatan veterinar.

“Pihak Maqis sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk bagi menjamin keluaran haiwan dan hasilan haiwan yang masuk ke dalam negara dan mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI