fbpx

Mahkamah: Pemandu lori tumbuk mesin ATM didenda RM1,200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
P.MANOHARAN didenda RM1,200 atas pertuduhan melakukan khianat dengan menumbuk skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Pekan Lukut, Port Dickson, bulan lalu. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

PORT DICKSON – Seorang pemandu lori didenda RM1,200 di Mahkamah Majistret di sini hari selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan menumbuk skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Pekan Lukut, Port Dickson, bulan lalu.

Tertuduh P.Manoharan, 50, yang hadir sendirian membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret V.Vanita.

Mengikut pertuduhan, Manoharan didakwa telah melakukan khianat iaitu merosakkan skrin mesin ATM dengan menumbuk mesin tersebut di sebuah bank di Pekan Lukut, Port Dickson pada pukul 11.10 pagi, 9 Januari lalu.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu dalam prosiding kes, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon denda yang paling minimum atas alasan dia merupakan penanggung tunggal keluarga.

“Saya mempunyai seorang isteri yang merupakan suri rumah serta dua daripada empat anak adalah orang kelainan upaya (OKU),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI