fbpx

Ahli perniagaan didakwa tipu pelaburan wang Sri Lanka RM1.09 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parimalam (kanan) dan peguamnya ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan penipuan pelaburan wang Sri Lanka berjumlah RM1.09 juta tidak wujud antara 2017 hingga 2018.

Tertuduh, M. Parimalam Rajo Isa, 67, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, Parimalam didakwa telah menipu seorang lelaki berusia 41 tahun untuk menerima wang pelaburan dari Sri Lanka tidak wujud sehingga mengakibatkan kerugian keseluruhan RM1.09juta di sebuah rumah di Jalan Kemuning antara Februari 2017 hingga 22 Februari 2018.

Justeru dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Abd Raoff menawarkan jaminan RM20,000 bagi semua pertuduhan dan pasport diserahkan kepada mahkamah serta melaporkan diri di balai polis berhampiran sehingga kes selesai.

Peguam K. Revathi bagaimanapun memohon jaminan keseluruhan dikurangkan kepada RM2,000 dengan anak guamnya mempunyai penyakit jantung dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta.

Mahkamah menetapkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 16 Mac depan.

Difahamkan tertuduh telah didakwa satu pertuduhan sama dengan nilai berlainan di Mahkamah Majistret di sini pada tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI