fbpx

Mahkamah: Dua ejen ah long mengaku ugut peniaga didenda RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M.Hashagaan (baju kameja bunga) dan S.Kugananthan (dua dari kiri) didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini. - Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

PORT DICKSON – Dua ejen ah long didenda RM3,000 di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang peniaga bulan lalu.

Tertuduh, M.Hashagaan, 25, yang bekerja sebagai ‘office boy’ (budak pejabat) dan S.Kugananthan, 27, penjaga kambing membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret V.Vanita.

Mahkamah menetapkan hukuman denda RM3,000 bagi setiap tertuduh, jika gagal bayar boleh dikenakan penjara lima bulan.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh secara bersama telah menakutkan secara jenayah terhadap seorang wanita berusia 45 tahun dengan cara mengeluarkan kata ugutan iaitu ‘akan mengambil barang-barang perniagaan dan akan membakar kedai kamu”.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Aman Shah, Port Dickson pada pukul 1.20 petang, 17 Januari lalu.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan dibaca sekali dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jiwan Kaur Malkith Singh manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI