fbpx

Ego punca putus tunang, Anju minta papa ‘gentleman’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERTUNANGAN antara Zarina Anjoulie dan ahli perniagaan, Khazrul Elzey terjalin tidak sampai dua minggu selepas mereka mengesahkan ikatan itu terlerai, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pelakon Zarina Anjoulie mendedahkan ego menjadi punca ikatan pertunangannya dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khazrul Elzey terputus di tengah jalan.

Kata aktres yang mesra disapa Anju itu, andai perasaan sayang masih wujud, sepatutnya lelaki itu memperbetulkan keadaan, bukan membuat kenyataan dalam laman sosial.

“Kalau awak rasa sayang lagi hubungan kita, jadilah ‘gentleman’ hubungi saya (atau), SMS saya. Bukan buat hantaran dalam TikTok (cakap) pasal saya.

“Awak pernah jadi tunang saya. Tentu saja saya masih boleh bincang dengan awak. Ingat ego adalah punca utama boleh hancurkan mana-mana hubungan.

“Dan sebab ego hubungan kami hancur. Jadilah lelaki sejati dan betulkan keadaan ini,” katanya dalam hantaran dalam TikTok.

Pada masa sama, bintang filem Mimpi Moon itu meminta bekas tunang berhenti menjadikannya sebagai bahan kandungan dalam media sosial.

Tambahnya lagi, dia berharap mereka dapat sama-sama bersikap matang dalam menyelesaikan sebarang isu menerusi perbincangan.

“Berhenti gunakan saya untuk bahan ‘content’. Dari awal kita bersama sampai sekarang sudah putus pun saya masih jadi bahan.

“Sebab setiap apa yang awak kongsi dalam media (sosial), orang cari saya. Adakah saya ini ‘content’ semata-mata? Yang artisnya saya, harap kita boleh sama-sama matang dalam isu ini,” tulisnya.

Ujar pelakon berusia 35 tahun itu lagi, Khazrul boleh sahaja menghubunginya bila-bila masa jika terdapat perkara yang masih perlu diperjelaskan.

“Kalau rasa sayang, rindu, benci atau tak puas (hati), terus mesej saya bukan jadikan saya bahan. Saya bukan musuh awak tapi boleh jadi musuh awak.

“Jangan cucuk saya nanti padah jadinya. Saya tengah cuba sedaya upaya bersikap matang, saya tak nak nanti jadi isu. Kita kalau boleh nak berubah jadi lagi baik, bukan lagi teruk,” tegasnya.

Sebelum ini, pemilik nama lengkap Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul itu memuat naik hantaran dengan kapsyen yang membayangkan hubungan mereka telah berakhir ketika pertunangan tidak sampai dua minggu berlangsung.

Malah, ibu tunggal anak satu itu turut memadam semua gambar mereka dalam media sosial bersama ayat yang merujuk hatinya telah remuk.

Sehari selepas itu, lelaki yang pernah dipanggil dengan gelaran papa itu pula seakan mengesahkan ikatan pertunangan mereka sudah putus menerusi perkongsian TikTok.

Akuinya, biarpun impian memperisterikan ibu tunggal anak satu itu tidak kesampaian, dia berharap mereka dapat terus bersahabat.

Dikhabarkan pernikahan pasangan yang sudah membuat persediaan ke gerbang perkahwinan itu sepatutnya berlangsung pada Mac ini.

Zarina  dan duda itu bertunang pada 26 Januari lalu dalam sebuah majlis ringkas di kediaman keluarga aktres berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI