fbpx

Semoga usaha pasukan SMART di Turkiye dipermudahkan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan SMART tiba Turkiye bagi menyertai misi SAR.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat bertugas kepada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Turkiye.

Beliau mendoakan usaha pasukan SMART dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) di wilayah terjejas akibat bencana gempa bumi di negara itu dipermudahkan.

“Pasukan SMART selamat tiba di Turkiye bagi menyertai misi SAR. Saya ucapkan selamat bertugas dan mendoakan usaha kalian dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini

Semalam media melaporkan pasukan SMART yang disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah tiba di Istanbul, Turkiye sekitar pukul 5.50 pagi waktu tempatan.

Malaysia menjadi negara terawal menghantar bantuan pasukan mencari dan menyelamat ke Turkiye kurang 24 jam selepas gempa pertama berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI