fbpx

Jururawat tidak sengaja potong jari bayi hingga putus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suparman melaporkan insiden tersebut kepada Pusat Khidmat Bersepadu Polis Kota Palembang. - TribunNews

JAKARTA – Insiden kecuaian seorang jururawat di Hospital Muhammadiyah Palembang (RSMP) di Indonesia sehingga menyebabkan jari kelingking seorang bayi putus mencetuskan kemarahan orang ramai, lapor laman berita Suara.com.

Mangsa dibawa ke hospital akibat demam panas, manakala kejadian itu terbongkar apabila ibu bapa mangsa membuat laporan ke Pusat Khidmat Bersepadu Polis Kota Palembang.

Suparman, 38, mendakwa seorang jururawat berinisial DN cuai sehingga menyebabkan bayinya mengalami kecacatan kekal. Jari kelingking mangsa terpotong ketika proses menukar saluran terapi intravena (IV). 

“Ketika hendak menukar IV, jururawat itu diingatkan untuk membuka balutan, tetapi dia sebaliknya menggunakan gunting,” kata Suparman.

Timbalan Pengarah HR dan AIK RSMP, Muksin berkata, kecuaian itu tidak disengajakan oleh seorang jururawat ketika dia cuba membaiki saluran terapi intravena bayi berinisial AA menggunakan gunting.

“Mendengar kejadian itu, pihak hospital segera melakukan pembedahan yang mengambil masa kira-kira 1.5 jam dan pembedahan berjalan dengan baik tanpa sebarang halangan.

“DA ialah jururawat yang telah berkhidmat selama 18 tahun. Kami berharap agar masalah ini boleh dibincangkan kerana bukan disengajakan, tetapi lebih kepada musibah kepada pekerja kami,” kata Muksin.

Tambah Muksin, DA sendiri menunggu ibu bapa mangsa untuk meminta maaf, tetapi gagal bertemu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI