fbpx

Banjir: Mangsa di Pahang turun kepada 2,797 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua anggota bomba membantu menyelamatkan seorang mangsa banjir di Kuantan, Pahang.

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 2,797 mangsa berbanding seramai 5,021 mangsa yang direkodkan semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, kesemua mangsa daripada 847 keluarga dipindahkan ke 20 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kuantan dan Pekan.

“Daerah Kuantan merekodkan jumlah mangsa terbanyak iaitu seramai 2,678 orang daripada 812 keluarga yang ditempatkan di 16 PPS.

“Daerah Pekan pula mempunyai 119 mangsa daripada 35 keluarga yang ditempatkan di empat PPS,”katanya di sini hari ini,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya pada masa ini Sungai Belat di Kuantan dan Sungai Keratong di Rompin merekodkan paras bahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI