fbpx

Ribut petir, hujan lebat di Sabah pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
- GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabah sehingga pukul 10 pagi ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata kawasan-kawasan yang terlibat di Sabah adalah Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

“Pagi ini di Sabah, kami meramalkan hujan di satu dua tempat seperti di Tawau dan Sandakan.

“Sama juga seperti di Perak, Terengganu, Pahang, Johor dan kawasan pantai di Selangor dimana turut diramal mengalami hujan,” katanya.

Tambahnya, cuaca di kawasan lain di Semenanjung dan Sarawak dilaporkan dalam keadaan cerah ekoran tiada amaran ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan setakat ini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI