fbpx

Siri plat VKL dijangka jadi tarikan warga KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Notis bidaan yang dikeluarkan JPJ.

PUTRAJAYA – Warga Kuala Lumpur yang masih mencari nombor plat pendaftaran kenderaan kini boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan siri nombor pendaftaran VKL.

Siri nombor pendaftaran VKL itu boleh dianggap unik kerana huruf V itu sendiri khusus mewakili nombor pendaftaran bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur manakala, KL itu pula akronim atau singkatan nama bagi Kuala Lumpur.

Atas dua pertimbangan itu, maka wajarlah ‘orang KL’ untuk mendapatkan plat siri nombor pendaftaran terbaharu dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu.

JPJ menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, siri VKL mula dibuka untuk bidaan pada 10 Februari ini menerusi https://jpjebid.jpj.gov.my dan tarikh tutup bidaan pula pada 10 malam, 14 Februari ini.

Menurutnya, keputusan bidaan yang berjaya akan diumum pada 15 Februari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI