PETALING JAYA – Jabatan Metreologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga pukul 7 malam ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata negeri-negeri tersebut adalah Kedah, Perak dan Sabah.
“Di Kedah, kawasan yang terlibat adalah Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak pula adalah Kerian dan Larut, Matang Dan Selama.
“Amaran ribut petir turut dikeluarkan di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat,” katanya.
Dalam pada itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori (waspada) di Terengganu (Kemaman) dan seluruh kawasan di Pahang.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE