PETALING JAYA – Kalau anda inginkan kelainan berkenaan perabot di rumah pada sambutan hari raya tahun ini, mungkin idea ini boleh diketengahkan.
Malaysia Airlines System (MAS) melalui satu promosinya di laman sosial telah mengadakan satu sesi jualan kerusi penumpang kapal terbang.
Kalau anda ingin angin perubahan dan menghias rumah ‘ala-ala’ dalam kapal terbang untuk hari raya ini, maka anda boleh mendapatkannya segera.
Kebanyakan kerusi tersebut adalah daripada model Boeing 747.
Baru-baru ini dikatakan MAS ada buka untuk sesiapa yang berminat untuk memesan kerusi daripada model B738 yang lebih baru untuk letak di rumah.
Ketika tinjauan dilakukan di beberapa medium jualan dalam talian berkenaan harga bagi satu unit kerusi kapal terbang terbabit, nampaknya tidak terlalu mahal.
Harga untuk satu unit adalah sekitar RM350 mengikut keadaan kondisi semasa kerusi terbabit. – KOSMO! ONLINE.