fbpx

SPRM telah tahan 133 ‘buaya’ ekonomi dana Penjana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPRM giat melakukan beberapa siri tangkapan melibatkan individu atau ‘buaya’ ekonomi yang mengemukakan tuntutan palsu dan terlibat penyelewengan. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kewujudan ‘buaya’ ekonomi yang mengambil kesempatan membuat tuntutan palsu bagi memperoleh dana kerajaan mengakibatkan golongan yang selayaknya mendapat manfaat terpinggir sekali gus menjadikan ekonomi tidak mencapai perkembangan seperti yang dijangka.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, hasil kerjasama antara SPRM dan agensi serta kementerian terlibat, seramai 133 individu terdiri daripada pemilik dan pe­ngarah syarikat telah ditahan.

“Manakala lebih 100 syarikat disiasat melibatkan penyelewe­ngan dana dianggarkan berjumlah RM194 juta dalam operasi khas tahun lalu dengan 34 pemilik atau pengarah syarikat telah didakwa di mahkamah.

“Tahun ini, SPRM akan memberi tumpuan terhadap isu ketirisan dan penyelewe­ngan dana dalam sektor sumber manusia, kebajikan, automotif, pendidikan dan pengajian tinggi, penternakan, pertanian serta perladangan,” tulis beliau di Kosmo! hari ini.

Jelas beliau, nilai integriti dilihat semakin pudar dalam segelintir syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk membantu kerajaan menerusi penyaluran dana atau bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Katanya, kewujudan dana se­perti Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) dan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bertujuan membantu rakyat yang terkesan dek tekanan ekonomi sepanjang pandemik Covid-19 serta meningkatkan potensi diri masyarakat.

“Bagaimanapun, wujud golongan individu, syarikat dan pertubuhan yang mengambil kesempatan dengan membuat tuntutan palsu bagi memperoleh dana-dana untuk kekayaan sendiri.

“Inilah sikap ‘buaya-buaya’ ekonomi di skala kecil dan sederhana. Nilai integriti semakin pudar dan tamak haloba menjadi budaya dan kesannya, golongan pekerja dibuang, mahasiswa menganggur, peniaga-peniaga terpaksa menutup perniagaan,” jelasnya dalam kenyataan.

Ujar beliau, ketirisan dana berpunca daripada kelemahan dalam proses semakan terhadap ketulenan maklumat yang menyebabkan beberapa syarikat yang dimiliki orang sama membuat tuntutan, isu darurat (kecemasan) digunakan sebagai alasan untuk tidak membuat ‘due diligence’ terhadap pemohon.

“Kerajaan juga tiada meka­nisme jelas memantau program atau aktiviti yang dijalankan, untuk memastikan benar-benar dilaksanakan de­ngan jumlah peserta yang tepat dan tiada peraturan dan undang-undang jelas untuk diambil tindakan terhadap pemohon seperti senarai hitam, saman sivil dan tuntutan semula, dana yang tidak dibelanjakan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI