fbpx

Bankrap, ibu jadi ‘gila’ sebab miskin – Ressa Herlambang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RESSA HERLAMBANG

PERNAH menjadi kegilaan wanita sehingga diberi jolokan Justin Timberlake Indonesia, penyanyi Ressa Herlambang akhirnya tampil mendedahkan punca kehilangannya daripada radar industri seni selama ini.

Bekas kekasih Nia Ramadhani itu mengakui melalui titik terendah dalam hidupnya apabila bisnes keluarganya bankrap 14 tahun lalu.

“Saya berdepan ujian apabila bisnes ibu bapa bankrap. Kami sekeluarga terduduk dan duit kami hilang beratus-ratus ribu hanya dalam satu malam,” ujarnya.

Penyanyi lagu Menyesal berkata, dia sekeluarga terpaksa berpindah ke rumah sanak-saudaranya kerana tidak mampu untuk membayar sewa rumah.

Paling teruk, arwah ibunya juga mengalami depresi sehingga terpaksa mendapatkan rawatan sebelum meninggal dunia pada Ogos tahun lalu akibat kanser serviks.

“Ibu saya jadi seperti orang gila. Dia pernah lari dari rumah tanpa pakaian. Sebelum ini ibu hidup mewah, banyak wang dan ada segala-galanya.

“Dia seperti tidak percaya dan jiwanya kacau. Kami bawa dia dapatkan rawatan daripada ustaz,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI