fbpx

Doktor tertinggal gunting besar dalam usus pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imbasan CT mendapati sebilah gunting di dalam usus Zanatta. - Newsflash

BRASILIA – Sepasukan pakar bedah di Brazil secara tidak se­ngaja meninggalkan sebilah gunting di dalam badan seorang ahli politik tempatan semasa melakukan pembedahan, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Kejadian berlaku pada 20 Januari lalu selepas Cleyton Jose Zanatta yang merupakan ahli majlis perbandaran Nova Santa Helena di negeri Mato Grosso, dimasukkan ke hospital di Colider.

Dia berada di hospital untuk menjalani pembedahan mengeluarkan tumor daripada ususnya, demikian menurut laman berita Newsflash.

Walaupun pembedahan berjalan lancar, Zanatta menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena apabila dia berasa sakit selama enam hari selepas pembedahan berlangsung.

Ahli Parti Demokrasi Sosial Brazil itu kembali ke hospital sama di mana imbasan CT mendedahkan sebilah gunting besar berada di dalam ususnya.

Pakar bedah dilaporkan tertinggal gunting itu semasa menjahit luka pesakit.

Mereka kemudian melakukan satu lagi pembedahan untuk mengeluarkan gunting itu, manakala Zanatta kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil, demikian menurut pasukan penjagaan kesihatannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI