fbpx

EPL: Galatasaray mahu selamatkan karier Coutinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COUTINHO berdepan kesukaran untuk mencapai prestasi terbaik menyebabkannya disisihkan oleh Emery. – AFP

LONDON – Gergasi bola sepak Turkiye, Galatasaray secara terbuka menyatakan minat mereka untuk mendapatkan khidmat pemain Aston Villa, Phillipe Cou­tinho secara pinjaman sehingga penghujung musim ini.

Pemain antarabangsa Brazil itu berdepan kesukaran untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama Villa apabila hanya membuat enam kemunculan dalam kesebelasan utama pada aksi Liga Perdana Inggeris musim ini.

Bekas pemain Liverpool dan Barcelona itu ketika ini menjadi pemain yang meraih pendapatan tertinggi di kelab berkenaan dan Villa mungkin bersedia melepaskannya untuk mengurangkan beban kewangan ketika proses perpindahan itu dijangka selesai minggu depan.

Laporan turut menyebut bahawa Galatasaray juga bersedia dengan rundingan untuk perpindahan secara kekal pemain itu, namun segalanya bergantung kepada prestasi Coutinho ketika tempoh pinjaman.

Coutinho berjaya mempamerkan aksi terbaik bersama Villa ketika dipinjamkan dari Barcelona dengan lima gol dan tiga um­panan, namun selepas menjadi pemain tetap kelab itu, prestasi­nya sangat mengecewakan dan gagal memberikan sumbangan.

Selepas beraksi 19 perlawanan dalam semua kejohanan musim ini, Coutinho gagal menjaringkan sebarang gol atau me­lakukan umpanan jaringan.

Kehadiran Unai Emery yang menggantikan Steven Gerrard juga membuat peluang Cou­tinho semakin kabur apabila dia tidak disenaraikan dalam kese­belasan utama sejak pengurus itu mengambil alih jawatan pada November tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI