fbpx

EPL: Manchester City berdepan penyingkiran EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY berdepan situasi tidak menentu sekiranya gagal mengemukakan bukti terhadap tuduhan pelanggaran peraturan kewangan yang dikenakan. – AFP

LONDON – Manchester City berdepan masalah besar selepas pengurusan Liga Perdana Ing­geris (EPL) mendakwa pasukan itu melanggar lebih 100 peraturan kewangan liga dan akan dirujuk kepada jawatankuasa bebas.

City dituduh gagal untuk mengemukakan maklumat kewangan tepat mengikut peraturan Liga Perdana sejak saingan 2009/10 sehingga 2017/18.

“Ahli jawatankuasa akan dilantik oleh Panel Kehakiman Liga Perdana dan prosiding ke tersebut akan dijalankan secara sulit dan tidak dilakukan secara umum,” kata pengurusan EPL dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Liga Perdana turut mendakwa City gagal untuk mematuhi Peraturan Kewangan Adil (FFP) yang ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) bermula pada musim 2013/14 hingga 2017/18.

Mengikut peraturan yang termaktub dalam Liga Perdana, City berkemungkinan besar berdepan penolakan mata, membayar pampasan dan paling teruk mereka boleh disingkirkan daripada saingan EPL sekiranya bersalah.

Sementara itu, City dalam satu kenyataan menyuarakan rasa terkejut atas dakwaan tersebut kerana menganggap mereka sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan, namun mereka sedia untuk memberikan kerjasama.

“Manchester City sangat terkejut dengan tuduhan me­langgar peraturan Liga Perdana, lebih-lebih lagi dengan hubungan baik serta maklumat terperinci yang diberikan kepada pengurusan EPL sebelum ini.

“Kelab mengalu-alukan perkara ini diteliti oleh jawatankuasa bebas bagi memastikan sama ada tuduhan sebegini boleh dibuktikan ataupun tidak. Kami hanya menunggu supaya kes ini dapat diselesaikan segera,” me­nurut kenyataan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI