fbpx

F1: Williams perkenal jentera FW45

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WILLIAMS memperkenalkan jentera FW45 yang akan digunakan musim baharu nanti yang mendapat penambaikan dari segi aerodinamik. – AFP

LONDON – Pasukan Williams Racing memperkenal jentera ba­haru mereka FW45 dengan ‘livery’ lebih garang untuk mengharungi cabaran perlumbaan Formula Satu (F1) 2023.

Pada saingan musim ini, Williams bukan sahaja di­perkuat dengan ketua pasukan baharu, James Vowles, tetapi juga disokong penaja baharu ia­itu Gulf Oil.

Menerusi dua pemandu mudanya, Alex Albon dan Logan Sargeant, Williams dilihat ber­azam untuk melakukan kejutan dengan memberi tentangan untuk berada di podium.

Pasukan Williams menegaskan jentera FW45 lebih efisien dari segi aerodinamik berban­ding FW44 2022 selepas melakukan pengubahsuaian pada suspensi hadapan dan permukaan aerodinamik luaran utama jentera tersebut.

“Pasukan telah bekerja keras tahun lalu dan dengan masa yang ada, pasukan telah mena­ngani beberapa bahagian penting dalam jentera kami.

“Jadi, saya tidak sabar untuk melihat apa yang boleh dilakukan pada jentera FW45. Kami juga mengalu-alukan kedatangan penaja baharu dan bagus dapat bekerjasama bersama mereka se­mua” kata Albon.

Pada musim 2023, Williams akan menggunakan unit kuasa dari Mercedes, selain mengembangkan konsep sidepod pada jentera baharu tersebut.

FW45 akan diuji pada sesi shakedown di Silverstone, Britain pada 13 Februari ini di bawah pengawasan juara dunia 2009, Jenson Button sebelum pasukan itu berangkat ke Bahrain untuk ujian pramusim pada 23-25 Februari. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI