fbpx

Empat lelaki samun enam warga asing dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SUBANG JAYA – Kelicikan empat lelaki tempatan menyamun enam warga asing di sekitar daerah ini sejak sebulan lalu berakhir selepas kesemua ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, penahanan tersebut ekoran laporan daripada seorang wanita warga Myanmar, kelmarin.

“Berdasarkan laporan mangsa berusia 20 tahun itu, ketika sedang berjalan kaki pulang ke rumahnya di Bukit Puchong, dia telah didatangi empat orang lelaki menaiki dua buah motosikal kira-kira pukul 10 pagi.

“Salah seorang suspek telah turun motosikal lalu menarik beg silang mangsa. Berlaku pergelutan, tarik menarik sehingga mangsa ditolak sehingga jatuh dan dilarikan beg silangnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kejadian itu, mangsa telah kehilangan dokumen perjalanan, kad bank, wang tunai, telefon bimbit dan kunci rumah anggaran RM500.

Menurut Wan Azlan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis (IPD) Subang Jaya telah membuat lima serbuan di sekitar kawasan Subang Jaya, Serdang dan Petaling Jaya, semalam.

Katanya, empat lelaki tempatan ditahan berusia lingkungan 20-an serta dua buah motosikal dan sembilan unit telefon bimbit dirampas termasuk telefon bimbit milik mangsa di dalam kes ini.

“Hasil daripada tangkapan dan rampasan ini, kami berjaya menyelesaikan enam kes samun jalanan dimana modus operandi adalah melakukan samun jalanan terhadap warga asing di tepi jalan.

“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah telah dipohon dan mendapat perintah reman selama lima hari sehingga Sabtu ini bagi tujuan siasatan lanjut,”katanya.

Menurut Wan Azlan, kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan (Akta 574). -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI