PETALING JAYA – Malang tidak berbau, apabila lebih tujuh buah kereta milik pendaki di Gunung Korbu dan Gayong, Perak telah dipecah masuk, semalam.
Menurut perkongsian @EncheAhmadz di akaun Twitternya, barang-barang di dalam kereta tersebut turut dicuri dan disedari oleh pendaki-pendaki sejurus mereka turun dari gunung berkenaan.
Difahamkan kereta-kereta berkenaan diletakkan oleh pendaki di kawasan lapang tanah rata berdekatan dengan perkampungan orang Asli sebelum memulakan pendakian.
Sehingga kini, ciapan tersebut telah mendapat 6,800 tontonan dan 42 tanda suka.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang bersimpati dengan mangsa-mangsa tersebut dan berharap agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan segera.
“Sudahlah penat mendaki, lepas itu sampai bawah tengok kereta kena pecah, mesti menangis punya. Semoga urusan mereka dipermudahkan,” komen @syhqzh.
“Kes pecah kereta berlaku lagi.. siapalah yang buat kerja ini. Semoga dipermudahkan urusan mangsa terlibat,” komen pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE