fbpx

Maqis patahkan cubaan bawa masuk sosej babi di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sosej daging babi dan ayam mentah yang berjaya dirampas dalam pemeriksaan rutin di Balai Ketibaan KLIA pada 5 Februari lalu. - Foto IHSAN MAQIS SELANGOR

SEPANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya mematahkan cubaan untuk membawa masuk sosej daging babi dan ayam mentah dari China melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5 Februari lalu.

Pengarah Maqis Selangor, Mohd. Sobri Md. Hashim berkata, kesemua 40 batang sosej babi dan 10 ekor ayam mentah dianggarkan bernilai RM400 itu telah berjaya ditemui dalam pemeriksaan rutin ke atas seorang penumpang warga asing yang dilakukan kira-kira pukul 2 pagi.

“Produk daging babi dan ayam yang ditemui dalam sebuah kotak gabus itu dipercayai dibawa masuk untuk kegunaan sendiri dan telah dirampas kerana tidak mempunyai Permit Import yang dikeluarkan oleh Maqis dan Sijil Kesihatan daripada negara asal.

“Kesemua produk daging babi tersebut akan dihantar ke Makmal Kesihatan Veterinar bagi tujuan persempelan untuk mengenal pasti penyakit African Swine Fever (ASF),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Sobri, tujuan larangan pengimportan serta membawa masuk daging berkenaan di laluan udara adalah bagi menghalang risiko kemasukan wabak penyakit ASF ke Malaysia dan ianya akan merosakkan industri penternakan negara.

“Perbuatan mengimport apa-apa jenis tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma tanpa Permit Import yang sah dari Maqis adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Pelaku boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), Akta yang sama dan jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya,” tegas beliau.

Tambah beliau, larangan pengimportan juga dikuatkuasakan bagi memastikan segala jenis makanan yang masuk ke Malaysia mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI