fbpx

Lagi bubu naga dirampas di perairan Selangor Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Maritim Selangor menunjukkan bubu naga yang dirampas pihaknya

KUALA SELANGOR – Penggunaan bubu naga terus menjadi pilihan khususnya bagi nelayan pesisir pantai susulan rampasan 23 unit alatan penangkapan ikan itu di Perairan Tanjong Karang, kelmarin.

Kesemua bubu naga bernilai RM1,150 dirampas selepas Maritim Malaysia (APMM) Selangor mengesan satu pelampung mencurigakan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Difahamkan, bubu naga itu akan dipasang dalam tempoh 24 jam terutama pada waktu pagi sebelum hasilnya diambil keesokan harinya oleh pemasangnya.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten V. Siva Kumar berkata, hasil pemeriksaan terhadap pelampung itu itu diikat dengan peralatan disyaki bubu naga.

“Kita menunggu kira-kira 30 minit di lokasi tersebut namun tiada bot nelayan yang menghampiri kawasan terbabit.

“Anggaran nilai rampasan bubu naga kali ini adalah berjumlah RM1,150 dengan harga RM50 setiap set,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut difahamkan antara lokasi hotspot bagi bubu naga di Selangor Utara termasuk Tanjong Karang, Sekinchan, Sungai Besar, dan Kuala Selangor.

Siva Kumar menambah, kesemua bubu naga yang dirampas telah dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim.

Beliau menjelaskan kes disiasat mengikut Seksyen 11 (3)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan,
peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Kosmo! pada Disember lalu melaporkan enam individu berusia 20 hingga 25 tahun ditahan bersama tiga bot serta merampas 135 set bubu naga di Perairan Sekinchan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI