fbpx

Kakitangan Public Bank cawangan Papar disahkan positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Public Bank cawangan Papar.

Oleh IVAN AMIRUL

PAPAR – Public Bank Berhad (Public Bank) hari ini mengesahkan seorang kakitangannya di cawangan Papar, positif Covid-19.

Public Bank menerusi satu kenyataan di portal rasmi memaklumkan kakitangan terbabit dilaporkan tidak datang bekerja sejak 9 Oktober lalu.

Hal ini mengakibatkan cawangan berkenaan ditutup sementara waktu bermula hari ini (21 Oktober).

Dalam kenyataan sama, Public Bank turut memaklumkan kerja pembersihan dan sanitasi juga sudah dilaksanakan selaras panduan dari Kementerian Kesihatan.

Semua pekerja yang menjadi kontak rapat kakitangan terlibat turut sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah sebagai langkah pencegahan.

Sementara itu, pihak Public Bank Berhad menggalakkan semua pelanggan agar melakukan transaksi perbankan secara online atau memuat turun aplikasi perbankan di telefon pintar.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI