fbpx

NGO tuntut hukuman lebih tegas pada pesalah ‘scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Hishamuddin Hashim ketika sidang akhbar di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menuntut kerajaan agar tidak mengkasifikasikan penjenayah penipuan di dalam talian di bawah kesalahan sivil.

Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya mendapati akhir ini trend menjatuhkan hukuman sivil kepada pesalah scammer dilihat tidak berkesan.

“Tindakan yang lebih tegas perlu digantikan berbanding hukuman sivil ekoran terdapat kelemahan dari sudut menghukum para pesalah.

“Dari sudut perundangan di mahkamah, memang kita akan menang tetapi dari sudut perintah dikeluarkan mahkamah kepada syarikat yang tidak mempunyai aset tetap membuatkan mereka terlepas daripada bankrap dan tidak perlu memberikan semula pampasan kepada mangsa,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan berkata, tuntutan ini dibuat untuk mengembalikan semua keyakinan masyarakat kepada pasukan PDRM.

Katanya, kerap kali pihaknya menerimana rungutan orang awam berhubung laporan yang dibuat mereka tiada siasatan dijalankan.

“Kes sebegini perlu diambil perhatian, kita tidak mahu sangkaan orang awam yang scammer diberi perlindungan.

“Polis perlu mendapatkan mereka ini supaya boleh dibawa ke pengaadilan kerana dengan cara itu imej pasukan dapat dijaga, dan tidak akan diperlekehkan terutamanya daripada masyarakat,” ujar beliau.

Jelas beliau, modus operandi syarikat penipuan juga perlu diiklankan dengan lebih kerap kepada masyarakat sebagai langkah pencegahan.

“Dengan cara menyampaikan bagaimana scammer memperdayakan orang ramai, kita mampu mengurangkan jumlah mangsa penipuan,” katanya.

Dalam pada itu, MHO turut menyerahkan sebuah memorandum dan kira-kira 200 laporan berkaitan penipuan dalam talian yang dibuat oleh mangsa kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI