fbpx

Insiden skuter jadi pencetus, Shila Amzah, Ubai sah bercinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHILA AMZAH dan Ubai secara terbuka mengakui sedang menjakin hubungan sebagai pasangan kekasih.

PETALING JAYA – Genap setahun selepas sah bercerai tahun lalu, penyanyi popular, Shila Amzah mengakui sedang menjalin percintaan dengan seorang pempengaruh media sosial dikenali sebagai Ubai.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 33, mengakui sudah berkawan dengan pemilik akaun TikTok tersebut sejak tahun lalu.

“Saya sudah lama selesa berkawan dengan Ubai hingga satu hari ada sesuatu yang terjadi menyebabkan saya ‘eh’ (timbul perasaan sukar digambarkan).

“Cinta bermula dengan sebuah skuter. Sebenarnya perkenalan sudah lama tetapi kejadian tersebut yang menggerakkan hati saya,” katanya tanpa memperincikan kisah tersebut dalam siaran langsung TikTok.

Pelantun Patah Seribu itu turut mengharapkan netizen tidak membuat sebarang spekulasi tentang hubungan mereka.

Alasan Shila, dia juga seperti orang lain, mengharapkan yang terbaik untuk hari-hari esok yang bakal dilalui.

Menurut Shila, hubungan dengan jejaka berusia 25 itu tahun itu juga mendapat restu ibu bapa dan kenalan rapatnya.

“Lagi satu saya mahu cakap ibu bapa saya serta semua yang rapat okey sahaja dengan dia (Ubai).

“Kalian jangan cakap perhubungan kami tidak direstui kerana sebelum ini pun ada netizen berkata sebegitu sebab tidak suka.

“Kali ini, saya juga boleh buat keputusan untuk diri sendiri. Jadi, jangan risau,” jelasnya.

Dalam sesi siaran langsung bersama, pemilik nama lengkap Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli mendedahkan, hubungan mereka terjalin sewaktu penyanyi yang pernah mencipta nama di China itu dalam proses meneruskan kehidupan selepas bercerai.

“Saya kenal Shila dari zaman Beribu Sesalan dan secara ringkasnya saya mendekatinya semasa dia berada dalam fasa sangat genting.

“Dia baru lepas bercerai dan dia tiada sesiapa pada ketika itu sebagai kawan.

“Saya mendekatinya serta berada di sisi ketika dia sedih bagi menenangkan keadaannya,” ujar Ubai.

Terdahulu timbul pelbagai spekulasi mengenai perhubungan Shila dan Ubai yang dilihat sangat akrab dalam sosial media sebagai seorang rakan baik. Bahkan pemenang ketiga Gegar Vaganza musim kesembilan itu juga tertangkap ‘kantoi’ menyapa Ubai dengan panggilan ‘yang’ bermaksud ‘sayang’ semasa satu sesi siaran langsung TikTok bersama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI