fbpx

‘Kita bukan cincai bina pasukan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZLAN mengakui pihaknya belum menerima sebarang arahan daripada Dorna dan hanya mengikut SOP yang ditetapkan.

Hanya rekrut bakat yang benar layak, serius untuk mencabar dunia

PRINSIPAL Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali mendedahkan bahawa pasukan itu hanya merekrut pelumba pelapis negara yang benar-benar sudah bersedia dan serius untuk bersaing dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada musim depan.

Razlan berkata, pada masa ini belum ada pelumba pelapis negara mencapai tahap yang dikehendaki menyebabkan slot khas untuk bakat tempatan diberikan kepada pelumba Eropah selepas Khairul Idham Pawi digugurkan daripada Petronas Sprinta Ra­cing musim depan.

Menurutnya, pihaknya tidak mahu membina pasukan secara semberono atau cincai kerana mahu bakat yang benar-benar layak sahaja diberi peluang untuk bersama mereka kelak.

“Kita tidak jangka prestasi Khairul Idham seperti ini apabila menamatkan saingan dalam kelompok terakhir pada setiap perlumbaan. Pasukan juga sudah memberikan dia peluang dan banyak melakukan perkara bagi memastikan dia mampu tampil cemerlang, namun kita lihat tiada tanda peningkatan.

“Sebelum ini, pasukan me­nyasarkan dia untuk berada dalam kelompok 15 pelumba terbaik sebelum kedudukannya jatuh ke-20. Kita merayu kepada Khairul Idham agar tidak menamatkan saingan di kedudukan terakhir.

“Apa yang kita berikan kepada pelumba lain dan pelumba Malaysia adalah sama. Tiada yang berbeza, namun Khairul Idham gagal menjelmakan keputusan terbaik. Jika kita ada nampak peningkatan, maka tidak mustahil dia mampu kekal dalam pasukan ini. Sayangnya perkara itu tidak berlaku.

“Justeru, kita tidak mahu perkara seperti ini berulang ke­rana kita mahu melihat pelumba-pelumba pelapis negara benar-benar bersedia sebelum kita angkat mereka ke pentas dunia. Tetapi ketika ini, pelumba kita yang beraksi di CEV belum bersedia,” katanya pada sesi sidang video pagi semalam.

Petronas Yamaha SRT dan mereka sudah melengkapkan senarai pelumba bagi musim 2021 dengan melanjutkan kontrak kontrak John McPhee dari Scotland dan membawa masuk Darryn Binder (Afrika Selatan) bersama pasukan Moto3 negara, sekali gus menyaksikan tiada lagi pelumba tempatan bersama pa­sukan milik Malaysia itu.

Ditanya mengenai peluang Khairul Idham selepas ini, Razlan menegaskan, pelumba muda negara itu perlu bekerja keras dalam baki empat perlumbaan musim ini sekiranya berhasrat untuk menyertai perlumbaan CEV Eropah.

“Masih ada empat baki perlumbaan dan jika dia tunjukkan sedikit peningkatan walaupun kelompok 20 terbaik di Aragon minggu ini, tidak mustahil kita akan bantu dia ke CEV. Jika masih gagal macam mana saya dapat bantu menyertai pasukan SIC di CEV nanti.

“Bukan saya tidak bantu tetapi dia kena bantu diri sendiri untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam empat baki perlumbaan musim ini,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI