fbpx

Alhamdulillah saya sihat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan dirinya sudah sihat dan mampu untuk kembali bekerja selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kelmarin.

“Alhamdulillah, saya sihat. Ia seperti pemeriksaan biasa sahaja, saya yakin saya boleh bekerja itu yang saya minta keluar (IJN).

“Terima kasih kepada yang ambil berat tentang saya, itu sekadar pemeriksaan kesihatan biasa, saya sihat,” jelasnya ketika sidang akhbar PKR di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi PKR itu berkata, satu perbincangan akan dilakukan terlebih dahulu bersama kepimpinan UMNO jika ingin membuat keputusan menerima bekas ahli parti tersebut.

“Saya perlu adakan perbincangan bersama pemimpin UMNO terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan diambil untuk menerima atau tidak bekas ahli yang dibuang daripada parti tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI