fbpx

Tiga kampung di Bandar Baharu dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM melakukan pemantauan kawasan dilanda banjir di mukim Selama, Bandar Baharu pada petang ini.

BANDAR BAHARU – Beberapa kawasan di tiga kampung dalam mukim Selama di sini dilanda banjir kilat pada petang ini berikutan hujan lebat melebihi dua jam.

Kejadian kira-kira pukul 3.18 petang itu melibatkan Kampung Seribu Relong, Kampung Sungai Terap Dalam dan Kampung Sungai Itam Dalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, sebuah rumah di Kampung Seribu Relong dan empat rumah di Kampung Sungai Terap Dalam dilaporkan dinaiki air.

“Paras air banjir kira-kira 0.5 meter dan banjir semakin surut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, hasil pemantauan dilakukan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), paras Sungai Terungsing dan Sungai Punti dalam keadaan bahaya dengan air mengalir deras.

“Sehubungan itu, kita ingin menasihatkan penduduk agar sentiasa berwaspada dengan keadaan semasa dan berpindah sekiranya paras banjir semakin naik,” ujarnya.

Tambahnya, setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan cuaca ketika ini hujan renyai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI