fbpx

Tidak sangka berlaku banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu mangsa-mangsa banjir berpindah di Kuantan baru-baru ini.

KUANTAN – “Ingatkan tahun ini tiada banjir, rupanya berlaku juga banjir,” kata Umi Khaltum Othman, 57, penduduk Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Sungai Pandan, di sini, yang terjejas akibat banjir yang melanda perumahan itu, hari ini.

Tidak hanya Umi Khaltum, rata-rata penduduk perumahan itu terkejut kerana sangkaan tiada banjir tahun ini meleset apabila kawasan perumahan itu dinaiki air sejak pagi tadi.

Katanya, dia dan suami, Radzi Awang, 70, tidak membuat sebarang persiapan kerana tidak menyangka akan berlaku banjir kali ini.

“Tahun ini agak lewat berlaku banjir di kawasan ini berbanding tahun sebelum ini dan saya ingatkan sudah terlepas dari terkena banjir.

“Ini adalah kali ketiga saya berpindah ke PPS sejak tiga tahun tinggal di situ,” katanya.

Seramai 300 penduduk di situ yang terjejas banjir dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Wisma Belia, di sini, yang dibuka kira-kira pukul 10.30 pagi, hari ini.

Seorang lagi mangsa, Mohd. Yazid Danial, 57, berkata, tahun ini adalah kali keempat dia berpindah ke PPS sejak tujuh tahun menetap di PAKR Sungai Pandan.

Menurut Mohd. Yazid, dia hanya mengetahui kawasan rumahnya dinaiki air selepas pulang daripada menghantar anaknya ke sekolah kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Saya lihat jalan masuk ke taman perumahan saya sesak teruk, rupa-rupanya orang ramai mula menyelamatkan kereta masing-masing.

“Saya sempat pulang ke rumah dan menyelamatkan barang berharga termasuk kelengkapan sekolah anak sebelum datang ke PPS,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI