fbpx

Lelaki ditemui meninggal dunia dalam rumah berkunci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditemui tidak sedarkan dalam sebuah rumah berkunci dalam kejadian di Penampang Baru pagi tadi. -Foto: Ihsan Bomba

PENAMPANG – Seorang lelaki ditemui tidak sedarkan dalam sebuah rumah berkunci dalam kejadian di Penampang Baru pagi tadi.

Ekoran kejadian itu, orang awam menghubungi pasukan bomba untuk membantu membuka pintu rumah terbabit.

Sebaik berjaya dibuka, mangsa yang dikenali sebagai Sulaiman @ Arman Mosrih, 48, bagaimanapun disahkan sudah meninggal dunia.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 8.38 pagi.

“Sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Pusat Gerakan Operasi Sabah menerima panggilan kecemasan rumah terkunci membabitkan seorang mangsa lelaki ditemui tidak sedarkan diri.

“Operasi membuka pintu terkunci terus dijalankan dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir membantu di lokasi kejadian,”katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, mangsa terus diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 9.45 pagi. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI