fbpx

Barcelona terus cengkam takhta La Liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALBA berjaya membuka tirai jaringan buat Barcelona ketika mereka meraih kemenangan ke atas Sevilla awal pagi semalam. – AFP

BARCELONA – Pengurus Barcelona, Xavi menghamburkan pujian kepada pemainnya kerana mempamerkan sikap sabar sebelum memastikan kemenangan 3-0 ke atas Sevilla di Camp Nou awal pagi semalam.

Keputusan itu mengukuhkan kedudukan The Catalans di puncak liga dengan kelebihan lapan mata berbanding pencabar terdekat, Real Madrid yang dikejutkan dengan kekalahan 0-1 berdepan Real Mallorca.

Pada aksi berkenaan, usaha berterusan dilakukan Barcelona hanya membuahkan hasil pada babak kedua bermula dengan jari­ngan pembukaan daripada Jordi Alba pada minit ke-58 sebelum Gavi dan Raphinha melengkapkan dua lagi gol buat tuan rumah.

“Menjadi sesuatu yang sukar untuk melakukan serangan apabila 11 pemain lawan berada di bahagian belakang. Namun, keputusan ini memastikan hari yang penuh dengan keberanian.

“Kami berbincang tentang perkara ini ketika rehat separuh masa. Akhirnya kami berjaya melakukannya dengan baik dan saya cukup berpuas hati dengan keputusan ini.

“Kami sudah harungi banyak perlawanan tanpa kalah dan paling penting kami terus pastikan kemenangan. Walaupun memiliki kelebihan lapan mata di depan Real Madrid, masih banyak perkara yang perlu kami lakukan musim ini,” katanya.

Satu jaringan yang dihasilkan pada perlawanan ini turut melonjakkan nama Raphinha se­bagai pemain paling banyak terbabit dalam jaringan di semua pertandingan pada 2023, me­ngumpul empat gol dan empat bantuan jaringan.

“Raphinha seorang pemain yang hebat dan saya begitu puas untuk melihat prestasinya,” jelas Xavi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN