fbpx

EPL: Guardiola akui Manchester City terlepas peluang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY terlepas peluang untuk mengurangkan jurang mata berbanding Arsenal selepas tewas kepada Spurs awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukannya terlepas peluang paling besar dalam usaha untuk memburu gelaran Liga Perdana Inggeris selepas tewas 0-1 berdepan Tottenham Hotspur awal pagi semalam.

Ketika Arsenal kalah mengejut berdepan Everton sebelum ini, City sepatutnya perlu mengambil kesempatan dengan meraih kemenangan ke atas Spurs untuk mengurangkan jurang mata, namun kekalahan itu menyaksikan The Gunners mampu menarik nafas lega menerusi kelebihan lima mata serta masih kekurangan satu perlawanan.

Jaringan tunggal menerusi Harry Kane itu menyaksikan Stadium Tottenham Hotspur terus menjadi badi buat City apabila mereka tewas dalam lima aksi EPL sebelum ini.

“Sudah tentu kekalahan ini membuatkan peluang kami sukar terutama ketika Arsenal tidak banyak melepaskan mata dalam perlawanan yang mereka hadapi.

“Kami memulakan aksi de­ngan cukup baik dalam banyak aspek, tetapi selepas kami me­lakukan kesilapan dua minggu lalu, kami mengulanginya lagi pada perlawanan kali ini.

“Kami tidak berada pada kedudukan yang baik untuk berfikir dan membayangkan kejua­raan. Tumpuan kami adalah perlawanan menentang Aston Villa selepas ini, kami perlu bersiap dan bermain dengan cara kami sendiri sebaik mungkin.

“Tottenham adalah pasukan yang menakjubkan dan mereka mampu untuk menghukum anda. Mereka memiliki ba­nyak kualiti di bahagian serangan menyebabkan mereka tidak memerlukan transisi ataupun set-piece,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI