fbpx

HASiL Kasih Prihatin santuni 150 penduduk, sumbang barang keperluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil penduduk Kampung Mesilau menerima sumbangan berbentuk barangan makanan keperluan daripada Mohd. Nizom (tiga dari kanan)

PETALING JAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR), HASiL Kasih Prihatin berjaya menyantuni 150 penduduk di Kampung Mesilau, Kundasang, Sabah bagi mengagihkan pebagai sumbangan keperluan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi, inisiatif HASiL ini amat bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk mensejahterakan rakyat Malaysia tanpa mengira lapisan masyarakat.

“Pelaksanaan Program CSR HASiL Kasih Prihatin ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung serta mengeratkan lagi hubungan HASiL dengan masyarakat setempat.

“Antara sumbangan yang disampaikan termasuk dua buah tangki biru bagi kegunaan surau, 20 buah meja lipat dan barang-barang makanan keperluan asas (food bank) kepada penduduk kampung yang memerlukan serta wang tunai RM3,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd. Nizom, program tersebut membuktikan bahawa peranan dan tanggungjawab pihaknya tidak hanya terhad kepada mentadbir cukai semata-mata, sebaliknya turut membantu masyarakat menerusi program kesedaran serta pendidikan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI