KOTA KINABALU – Prosiding perbicaraan pendakwah terkenal, Ebit Lew berkaitan kes gangguan seksual bersambung di Mahkamah Majistret Tenom bermula esok sehingga 10 Februari depan.
Prosiding sebelum ini berlangsung selama tiga hari pada 20 hingga 22 Disember tahun lalu.
Seramai lima saksi termasuk pendakwah bebas, Firdaus Wong sudah dipanggil memberi kesaksaian dalam prosiding sebelum ini.
Terdahulu, Ebit pada 18 Februari tahun lalu didakwa atas 11 pertuduhan termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di daerah Tenom dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac dan Jun tahun lalu.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Dakwaan terhadap Ebit dilakukan susulan laporan polis yang dibuat pada 7 Ogos 2021. -KOSMO! ONLINE.