fbpx

Bella Astillah anggap isu selesai, mahu tutup kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA Astillah berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan keutuhan dan keharmonian rumah tangganya bersama Aliff Aziz.

SHAH ALAM – Penyanyi Bella Astillah mahu tutup kes sekali gus berharap isu gangguan orang ketiga dalam rumah tangganya bersama suami, Aliff Aziz tidak dibangkitkan atau ditanyakan lagi selepas ini.

Katanya, kenyataan daripada Aliff yang memberikan penjelasan tentang tercetusnya insiden tersebut sudah cukup untuk menjadi penutup kepada segala persoalan.

“Saya rasa ramai sudah tengok hantaran Instagram dan saya juga sudah menjelaskan semua perkara di situ.

“Aliff pun sudah bagi kenyataannya tempoh hari. Pada hari ini hingga seterusnya tiada akan ada lagi penjelasan.

“Saya enggan lagi bercakap mengenai isu yang pernah timbul sebelum ini. Kita tutup saja,” katanya ketika ditemui selepas pertandingan akhir Famili Duo, malam tadi.

Malah, Bella bersama sepupunya, Wani Kayrie yang meraih tempat ketiga dalam program terbitan TV3 itu menegaskan hanya ingin meraikan kemenangan tanpa memikirkan permasalahan lain.

“Sudah cukup saya berikan (penjelasan) sejak beberapa minggu lalu dan sekarang masa untuk saya dan Wani raikan kemenangan pada hari ini,” katanya kepada Kosmo! Online.

Malah bintang drama Aku Tanpa Cintamu itu turut mengakui kontroversi membabitkan rumah tangganya tidak mengganggu konsentrasi menghadapi malam final program berkenaan.

“Persiapan ke pentas akhir memang sangat tegang. Mama saya pun selalu berpesan tidak kira apa pun terjadi, saya kena fokus.

“Jadi perkara tersebut tidak mengganggu emosi saya kerana terlalu memberi tumpuan terhadap pemilihan lagu, susunan muzik dan konsep yang ingin dibawa hingga tak terfikir benda lain,” ujar penyanyi berusia 28 tahun itu.

Begitupun, pemilik nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah itu berterima kasih kepada mereka yang mendoakan keutuhan perkahwinannya bersama Aliff selain memohon maaf jika tersilap bicara sebelum ini.

Sementara itu, rakan duo yang juga sepupunya Wani Kayrie mengakui sedikit sebanyak membantu memberikan semangat serta dorongan supaya Bella terus fokus terutamanya pada pentas akhir.

“Saya tahu apa yang berlaku kerana hangat diperkatakan, tetapi saya jenis tidak suka bertanya atau ambil tahu.

“Sebagai saudara terdekat dan rakan seperjuangan dalam pertandingan, saya cuma bantu alihkan perhatian Bella dengan ajak berlatih atau tengok video latihan,” ulasnya.

Malam tadi, pentas Famili Duo menyaksikan pasangan sepupu itu meraih kemenangan di tempat ketiga yang melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000.

Terdahulu, beberapa minggu lalu, dunia hiburan dipanaskan dengan pendedahan daripada ibu kepada dua cahaya mata itu tentang heroin sebuah drama mengaku ‘tersuka’ suaminya selepas mereka bergandingan dalam sebuah naskhah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI