fbpx

Sengsara 50 tahun hidup tanpa elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ripin menunjukkan generator yang digunakan sejak 50 tahun lalu untuk mendapatkan bekalan elektrik di rumahnya di Kampung Gual Rimau, Rantau Panjang semalam.

Oleh Yatimin Abdullah

RANTAU PANJANG – Kira-kira 20 keluarga di Kampung Gual Rimau, Bukit Tandak di sini hidup dalam ‘ke­gelapan’ apabila sehingga kini masih tidak mendapat bekalan elektrik meskipun beberapa kawasan di sekitarnya sudah lama menikmati kemudahan itu.

Difahamkan, masalah bekalan elektrik di kawasan itu sudah berlarutan sejak 50 tahun lalu dan mereka terpaksa menggunakan generator.

Kebanyakan penduduk mendakwa, setiap kali tiba Pilihan Raya Umum, banyak pihak tampil menabur janji untuk membantu menyelesaikan masalah itu, namun ia terbukti hanya cakap kosong.

Seorang penduduk, Ripin Jusoh, 70, berkata, kebanyakan mereka yang masih kekal menetap di sini menggunakan generator untuk mendapatkan bekalan elektrik pada waktu malam.

“Jika mahu pasang generator pada waktu siang, kami memerlukan modal yang cukup besar kerana menggunakan sepenuh­nya minyak diesel.

“Satu tong minyak diesel lapan liter berharga RM20 hanya bertahan selama tiga hari, itu pun hanya digunakan pada waktu malam,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Ripin berkata, disebabkan masalah itu, ada sebilangan penduduk telah membuat keputusan untuk mengosongkan rumah mereka dan menyewa di kawasan lain bagi mendapatkan bekalan elektrik.

Katanya, generator itu dianggap sebagai alat terpenting kepada penduduk untuk menggunakan barangan elektrik pada waktu malam dan hanya menjadi perhiasan pada waktu siang.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Suhaimi Ismail, 50, berkata, dia berharap pihak berkuasa dapat menyelesaikan segera masalah yang dihadapi mereka.

Katanya, dia terpaksa terus menetap di kampung berkenaan kerana itu adalah pilihan terbaik buat mereka sekeluarga.

“Saya boleh katakan hampir kesemua rumah di sini mempu­nyai pendawaian elektrik, tetapi ia lebih kepada perhiasan semata-mata,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI