fbpx

Lelaki maut kereta dipandu rempuh penghadang jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Kereta mangsa selepas merempuh penghadang jalan di Jalan Kepong - Sungai Buloh berhampiran susur ke Damansara Damai, Petaling Jaya, awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dalam nahas di Jalan Kepong – Sungai Buloh berhampiran susur ke Damansara Damai, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki tempatan kira-kira pukul 12.23 malam.

Katanya, pemandu yang berusia 43 tahun itu dipercayai telah terbabas dan terlanggar peghadang jalan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan tersebut melibatkan seorang individu warga tempatan.

“Kereta dipandunya telah terbabas dan terlanggar besi pembahagi jalan mengakibatkan mangsa maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Fakhrudin, Kesi disiasat dibawa Seksyen 41 (1) Akta pengangkutan Jalan 1987.

“Kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubungan dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A. Aziz di talian 011-32311232 bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI