fbpx

Suami nikah lagi, isteri diabai hingga sakit mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua petugas Skuad Saidina Umar Lembaga Zakat Selangor mengambil keterangan daripada lapan beranak yang dihalau daripada rumah sewa mereka. - Foto FB LZS

PETALING JAYA – Seorang wanita menemui jalan buntu apabila dihalau oleh pemilik rumah sewanya berikutan gagal membayar sewa bulanan.

Lebih malang lagi, wanita itu yang juga merupakan pesakit mental dibiarkan terkontang-kanting bersama tujuh orang anaknya yang berusia 14 tahun hingga 4 tahun selepas suaminya berkahwin lain.

Namun, nasib malang wanita terbabit bersama anak-anaknya mendapat pembelaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui Skuad Saidina Umar (SSU) yang segera tampil menghulurkan bantuan selepas mendapat maklumat mengenai nasib mereka.

LZS menerusi perkongsian di Facebooknya berkata, wanita itu juga bergantung dengan ubat-ubatan psikiatri bagi mengawal emosinya menjadi agresif dan tidak terkawal.

“Kejadian yang berlaku menjadikan wanita itu semakin tertekan sehinggakan anak sulungnya berusia 14 tahun juga kini menerima rawatan psikiatri kerana kerap mengamuk serta tidak dapat dikawal seperti mendengar bisikan.

“Anak sulungnya itu kini juga perlu mengambil ubat penenang setiap hari bagi mengawal emosinya,” katanya.

Susulan itu katanya, LZS telah mengambil tindakan segera dengan menyerahkan sumbangan tunai serta bantuan lain akan disusuli selepas ini.

“Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan jiran sekitar juga sangat membantu, sentiasa memastikan keperluan keluarga ini mencukupi dan tidak terputus.

“Hasil perbincangan bersama pemilik rumah berkenaan berjaya dicapai dan bersetuju untuk memberikan sewa selanjutnya untuk wanita ini sekeluarga,” ujarnya.

Katanya, tunggakan sewa rumah sejak Oktober tahun lalu dan bayaran sewa bulanan selepas ini akan diuruskan oleh LZS.

“Kes ini juga akan dipanjangkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan bantuan menerusi khidmat kaunseling serta akta perlindungan untuk keluarga berkenaan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI